Kelas Microsoft Word (Membuat Risalah) Minggu Pertama

3 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 2 September 2019 hasil kerja sama antara PI Lubok Antu dan PI Engkilili telah diadakan Kelas Microsoft Office iaitu Microsoft Word membuat risalah. Kelas ini telah dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekitar kawasan Engkilili. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Engkilili.
Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memperkasakan kemahiran dalam kalangan peserta dalam penghasilan risalah. Selain itu, kelas ini juga amat membantu para peserta dalam menguasai Microsoft Word. Antara topik yang dipelajari pada kelas tersebut ialah cara muat naik gambar ke dalam Microsoft Word, text box, font dan sebagainya.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Ms Word
2. Asas Penggunaan Ms Word
3. Latihan penghasilan risalah menggunakan Ms Word
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali